UFO (Dajjal) Takut Iran


IMEJ rangkaian berita Fox News menunjukkan satu objek misteri (dalam bulatan) menjejaki peluru berpandu Iran baru-baru ini.


TEHERAN - Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) dilihat di angkasa ketika pihak berkuasa Iran mengadakan satu ujian peluru berpandu baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Klip video itu menunjukkan objek misteri tersebut memecut di ruang udaranya sebelum membelah awan ketika rakaman tertumpu pada peluru berpandu Iran sejurus selepas ia dilancarkan.

Rakaman itu menunjukkan UFO itu bertindak menjejaki peluru berpandu itu.

Iran melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat pada Sabtu lepas sekali gus membangkitkan kemarahan Barat dan Israel.

Satu laporan di Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan rangkaian berita Fox News mendedahkan kehadiran UFO itu ketika peluru berpandu kedua dilancarkan.

Klip video itu menunjukkan peluru berpandu Shahab-3 melonjak ke udara.

Namun, selepas 38 saat segumpal awan berhampiran terbelah dua oleh sebuah objek terbang yang bergerak pada kelajuan tinggi.

Mengulas mengenai isu tersebut, seorang pakar UFO dari Britain, Nick Pope, menyifatkan insiden yang jarang berlaku itu sebagai satu fenomena menakjubkan.

Menurutnya, kelajuan objek misteri itu menunjukkan ia bukan pesawat buatan manusia.

"Namun, mungkin juga ia sebuah pesawat kawalan jauh milik Amerika Syarikat (AS). Sebelum ini, AS merahsiakan pembuatan pesawat prototaip daripada pengetahuan umum selama beberapa tahun," katanya.

UFO atau kenderaan jin?


LONDON - Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) dikesan terbang melepasi bangunan gereja St. Paul di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu dirakamkan oleh jurugambar amatur, Tim Letten semasa dia merakamkan gambar untuk satu pertandingan.

Dia hanya mengetahui objek yang dirakamkan itu ialah UFO selepas gambar tersebut dilihatnya menerusi komputer di rumahnya.

Letten berkata: "Saya merakamkan gambar di sepanjang sungai untuk satu pertandingan. Saya kemudian merakamkan satu objek yang sedang terbang yang pada mulanya saya anggap ia merupakan sebuah kapal terbang.

"Apabila saya pulang, saya meneliti gambar itu dan mendapati ia mungkin UFO."

Makhluk Asing atau Jin?



MUKA makhluk asing yang ditemui di Panama.


BANDAR RAYA PANAMA - Sejumlah penduduk tempatan di bandar Cerrol Azul, Panama berada dalam ketakutan selepas satu makhluk asing keluar dari sebuah kawasan air terjun dan mengganggu sekumpulan remaja, lapor sebuah akhbar semalam.

Makhluk asing itu dilihat pada Sabtu lalu apabila empat remaja berumur 14 hingga 16 tahun bermain di satu kawasan air terjun.

Menurut laporan agensi berita Telemetro, remaja-remaja tersebut menjerit apabila makhluk tersebut keluar dari sebuah gua dan mendekati mereka.


BANGKAI makhluk asing yang tinggal tulang selepas dagingnya dimakan burung helang.


Empat remaja itu yang berada dalam ketakutan membaling batu ke arah makhluk tersebut sehingga mati.

Stesen televisyen Panama, Channel 13 menunjukkan imej makhluk ganjil itu.

Remaja-remaja itu kemudian membaling bangkai makhluk asing itu ke dalam air sebelum melarikan diri.

Ibu bapa mereka yang tidak percaya dengan cerita penemuan makhluk itu kemudian pergi ke tasik tersebut dan terkejut melihat bangkai makhluk ganjil tersebut.


DERETAN gambar yang menunjukkan bangkai makhluk asing di sebuah kawasan air terjun di Panama.


Namun, penduduk tempatan memberitahu wartawan Channel 13bahawa makhluk itu mirip Gollum iaitu watak yang terdapat dalam filem Lord of the Rings.

Seorang ahli zoologi, Jacobo Arauz berkata, makhluk asing itu mungkin terjadi akibat mutasi dan ia mungkin sejenis makhluk yang bergerak perlahan.

Beberapa penduduk percaya ia merupakan makhluk dari planet lain manakala sebahagian lagi menganggapnya sebagai sejenis haiwan.

HISTERIA


SEORANG guru cuba menenangkan pelajar (kanan) SMK Paya Pulai, Temerloh yang diserang histeria semalam.

TEMERLOH - Dewan Serbaguna Taman Setia Jasa, Paya Pulai di sini yang sepatutnya sunyi sepi dengan sesi peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tiba-tiba gempar apabila lima pelajar perempuan sekolah itu meracau-racau diserang histeria.

Kejadian membabitkan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Pulai itu berlaku pada pukul 10.30 pagi sewaktu mereka menduduki peperiksaan berkenaan.

Menurut seorang guru sekolah tersebut yang enggan nama dan gambarnya disiarkan, kesemua mangsa telah dibawa ke masjid berdekatan sebelum dipulihkan.

Katanya, empat daripada mangsa dapat dipulihkan segera tetapi seorang lagi pelajar terus meracau-racau hampir sejam di perkarangan masjid.


BGRC - moh kita ke BUKIT GAMBANG RESORT CITY weh!


Ni la die bgrc yang sy mksdkn, mklmt lnjut di www.bgrc.com.my

Ssape yg nk menginap kt situ dgn special price, contact sy personally.


MyIman D818 Menggegar!



BAGI yang ingin melipatgandakan amalan di bulan Ramadan ataupun untuk sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, memiliki MyIman satu kelebihan kerana anda boleh membaca, mendengar dan menghayati maksud ayat suci al Quran diterjemahkan dalam 28 bahasa di mana saja tempat yang sesuai. Tiada alasan lagi untuk mendalami dan berdamping dengan kitab Allah ini kerana kini ia dimuatkan dalam sebuah telefon bimbit yang kecil, ringan dan mudah dibawa.

Sesiapa sahaja yang diberi kesempatan menguji telefon bimbit al Quran digital model MyIman D818, begitu teruja kerana dapat memanfaatkan produk dicipta khusus untuk orang Islam sama ada ketika benar-benar mempunyai masa untuk mendalaminya atau dalam waktu singkat seperti ketika duduk di dalam kereta menunggu seseorang atau menunggu giliran di kaunter bank.

Cuma klik pada bahagian tombol tengah dan pilihlah ikon yang dimahukan sama ada menghayati bacaan al Quran dalam teks berwarna resam Uthmani oleh Sheikh Saad al-Ghamidi atau membaca sendiri antara 114 surah yang termuat dalam telefon bimbit comel ini. Begitu mudah sekali mencari ayat atau surah hanya menekan nombor saja.

Ikon seterusnya memudahkan seseorang mengetahui waktu masuk solat fardu walaupun ketika itu berada di tempat yang tidak kedengaran azan.

Pemilik MyIman juga boleh mendengar azan menerusi telefon bimbit selepas aturan dibuat. Jika ke luar negara, anda hanya perlu menukar aturan waktu solat di bandar utama luar negara selain mengetahui arah kiblat.

Menerusi ikon Pangkalan Data (db) al Quran, tafsir 30 juzuk al Quran disediakan dalam Bahasa Inggeris, Indonesia, Arab dan Perancis manakala terdapat 11 kitab hadis terjemahan sahih Muslim (Indonesia), al-Bayyan (Melayu), Riyadh As Solihin (Inggeris dan China) mengenai pelbagai perkara dalam agama Islam seperti ibadat, tauhid, muamalat, faraid dan tasauf serta doa khatam al Quran.

Didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih, ciri lain telefon ini dilengkapi skrin sesentuh TFT LCD serta beberapa ciri lain termasuk standard Bluetooth, Mp3 dan Mp4, SMS, MMS, GPRS dan Internet, FM radio, kamera 1.3 mega piksel serta perakam video.

Diperkukuh dengan memori luaran t-Flash 2 gigabait dan dwi-gelombang GSM 900/1800MHz, serta dua slot kad sim aktif.

Bayangkan dengan harga berpatutan, anda boleh menggunakan dua nombor sekali gus dengan hanya membawa satu telefon bimbit. Ini tentunya menjimatkan ruang dalam beg atau poket serta memudahkan urusan anda menjawab panggilan atau menghantar dan membalas mesej dalam teks tulisan Melayu, Inggeris, Cina atau Jawi .

Produk keluaran My Iman Technologies (M) Sdn Bhd ini disemak oleh 25 ahli panel yang bertauliah dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyemak setiap tulisan, bacaan serta tajwid al Quran itu dan mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri serta menepati piawaian Sirim Qas International Sdn Bhd.

Spesifikasi
PRODUK: MyIman D818
HARGA: RM390
PENGELUAR: My Iman Technologies (M) Sdn Bhd.
PERTANYAAN: 012-3121435 @ 019-3454512 @ 016-3543134
LAMAN WEB: myiman.net, myiman.org

Komen pengguna @ pelanggan setakat 18 Ramadhan 1430H;
Keseluruhan: ****1/2
Reka bentuk: ****1/2
Inovasi: ****1/2
Mesra pengguna: ****1/2
Nilai wang: ****1/2


Mekanik dakwa lihat tiga kepala lembaga pelik



GAMBAR lembaga misteri yang dirakam Rosli menggunakan telefon bimbitnya ketika kejadian kebakaran di Bukit Subang, Shah Alam Ahad lalu.


SHAH ALAM - "Ketika anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran di sebuah rumah tinggal, secara tiba-tiba muncul tiga kepala lembaga misteri di ruang udara dan satu daripadanya sempat saya rakamkan dengan telefon bimbit."

Demikian dakwaan seorang mekanik, Rosli Sabri, 38, semasa menceritakan pengalaman yang menakutkan apabila terlihat tiga kepala lembaga misteri dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah tinggal di Bukit Subang di sini Ahad lalu.

Rosli ketika ditemui di bengkelnya di sini semalam berkata, dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, rumah yang ditinggalkan sejak tujuh tahun lalu itu hangus selepas disambar api yang merebak dari sebuah bengkel bersebelahan rumah tersebut.

"Pada mulanya tiada sebarang kejadian aneh berlaku tetapi apabila anggota bomba memancutkan air pada rumah yang terbakar, secara tiba-tiba muncul tiga kepala lembaga dalam tempoh kira-kira seminit sebelum hilang.

"Malah ada cerita mengatakan anggota bomba terpaksa menghentikan kerja-kerja memadam api beberapa minit kerana diganggu makhluk halus," ujarnya.